Thursday, November 17, 2011

9 Jenis Anak Syaitan.





Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

Monday, October 24, 2011

SIKAT RAMBUT



Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatanitu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak. Share ya...

RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL








Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

Monday, October 17, 2011

PEMUDA,DAN USTAZ

pemuda : ustaz, sy nk tanya something ni. buleh..?
ustaz : urmm.. you may proceed.

pemuda : sy ada 3 soalan.
pertama, kalau Allah wujud, apa bentuk dan rupanya ?
second, buktikan kewujudan Qada' dan Qadar.
dan soalan last sekali, "setan' kan diperbuat drpd api. pastu, kat akhirat mereka dibakar dgn api jugak. so, xde effect n sakit la kan..?

DUSH ! * tumbukan sulung hinggap ke muka si pemuda.*

pemuda : Oii ! What...?
ustaz : sakit ..?
pemuda : of course ustaz..
ustaz : boleh tunjukkan kpd ustaz, bentuk kesakitan kamu..?
pemuda : tak....
ustaz : itu jawapan soalan pertama..
pemuda : ........

ustaz : kamu expect x yg ustaz nk bantai kamu td..?
pemuda : tak...
ustaz : itu la Qada' dan Qadar a.k.a jwpn utk soalan kedua.
pemuda : ........

ustaz : sakit..?
pemuda : of course !!!
ustaz : tgn ustaz kulit, pipi kamu pun kulit. kenapa rasa sakit..?
pemuda : errr......
ustaz : that's the answer for the final question. nah, amek balik gigi kamu. sori ! :P
pemuda : ????

terpaksa berpisah sebab nak study!!!

ASALAMMUALAIKUM~


Bagi sesiapa yang tak pernah tinggalkan family jauh-jauh memang berat nak tinggalkan..macam aku la..terpaksa untuk sambung belajar!! dah la pakai banyak duit nak belajar ne..kesian pulak bila tengok mak ayah aku ne..meang berat la nak pergi sambung belajar ne...walaupun gembira masuk Universiti ne, hati tetap berat nak tinggalkan rumah ne..huhu dah la tak pernah duduk asrama!! nak basuh  baju sendiri pulak tu?? perhh memang berdikari la aku...kalau setakat nak tinggalkan family 2-3 hari boleh la..ne 3 tahun doh..setiap 6 bulan baru boleh balik rumah!! mesti rindu habis dengan family den..aku mesti rindu nak main dengan manja*kucing...Hhhmm..susah nak biasakan...sebelum nak pergi, barang-barang kena beli!! memang duit saje...macam mana la kalau aku dah kat U sekarang ne?? kalau ada awek boleh gak luahkan perasaan...Hmm memang susah hidup ne...

FAKTA SEBENAR DRACULA

 Kisah Sebenar Di Sebalik Lagenda Dracula!

Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat. Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.
Bermula dari novel karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.
Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna , kisah Dracula dikupas secara tuntas. Dalam buku ini dipaparkan bahawa Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul.

Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristien, dimana peperangan ini semakin sengit.
Kedua – dua kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik Eropah mahupun Asia . Puncak peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.
Dalam peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam. Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.
Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.

Hyphatia mengatakan dalam bukunya :
“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut seolah robot yang telah dipogram. Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu. Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”
Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:
“Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis kerana mereka kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”
Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab. Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.

Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya. Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkaraini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero.
Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan, sehingga saat ini di Romania , Dracula masih dianggap pahlawan. Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.
Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula. Mereka berusaha agar sejarah jati diri Dracula yang sebenarnya tidak terkuak. Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.

Utusan Sultan Mehmed II di castle Vlad Dracul
Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyak masyarakat, khususna umat Islam sendiri yang mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula. Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.
Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula. Seperti yang telah diketahui umum bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib.
Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan. Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.

Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam. Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini .
Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Tujuan hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang palinghebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah..

Friday, October 14, 2011




Sahabat… Bila terdengar atau terbaca perkataan ini, aku teringat sahabat lamaku yang telah tiada. Siapa antara korang yang masih belum ada sahabat? Jika masih belum ada, carilah seorang yang benar-benar ikhlas berkawan dan bersahabat dengan kita. Tak rugi kerana bila ada sahabat yang baik, waktu senang dan susah kita pun, dia pasti akan menolong. Sama seperti kisah yang aku akan sampaikan di bawah ni.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.
Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.
Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.

Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu”.
Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku maha mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga dan mengapakah kamu ingin ke neraka”?
Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka. Dahulunya aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya”.
Kemudian kedengaran seruan Allah yang maha memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.
Apabila aku baca saja firman Allah yang terakhir itu, aku rasa bergetar seluruh badan. Moga Allah tempatkan kita semua dalam golongan yang beriman dan Dia sentiasa memberi kita rahmatNya. Tanpa rahmat dari Allah, tiada siapa pun layak ke syurgaNya.

Tuesday, October 11, 2011

MANUSIA,MALAIKAT DAN SYAITAN




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

*Bkn artikel brantai ea..^^, .. Silalah Share utk kwn2 yg lain..:)




Monday, August 8, 2011

hari2 berpuasa di UiTM Perak

nak masuk bulan baik ne memang syokk gile la..memang 3 hari sebelum puasa makan puasa2.. senang cite selagi nampak makan dan perut bleh masuk!! selagi itu la aku makan..tapi bila dah masuk bulan puasa, ari pertama memang x rase lapar langsung..... masuk je ari kedua, mula ad perubahan fizikal dan mental sebab dah mula lapa tapi masih bertenaga...bila dah masuk puasa yang ketiga, badan dah mula tunjuk sifat2nya...tangan mula rase lenguh, kaki malas nak jalan, rase nak baring je..bila dah masuk ari puasa yang ke 4, sifat2 badan ne bertambah sampai ke kepala, agak pitam la...maklum la, perak dah la panas...jalan nak pergi kelas bukan ada bumbung..sehari boleh dikatakan berjalan sejauh 10 km sehari...tambahan masa tido 3,4,5 jam je sehari...ari puasa yang ke 5, tak letih sangat sebab kelas cuma 1 je..so relax sikit..tapi ptgnya.. pegi bazar beli makan ikut selera Iblis...tapi selera iblis terwih masih blum tinggal hanya bersebab je terpaksa tinggal...bila masuk ari puasa ke 6, memang x rase puasa..sbb duk bilik je sehari buat assighment...masa ne la aku dapat rehat banyak..so ari ne x ade pape istemewa...ari yang ke 7 sama je dengan yang ke 6..duduk bilik je...bila dah masu yang ke 8..kelas dah mula balik..tapi ari isnin x la letih sangat..yang letih ari ke 9 ne la..dah la dapat result test pastu kena pergi pejabat mintak borang keluar Uitm pastu g tempah bas utim nak pergi site..nasib la drawing senang sikit nak buat...sebab copy je orang punya..huhu "Plagiat betul " .. ari ke 10 berpuasa lak, ari ne nak berbuka dengan Raja Muda Perak!! tapi rasenya bukan Raja tapi Temenggung saje..:P lantak la makan FREE takkan nak lepaskan..haha baget kurang tuk ari ne..mana nak dapat makan FREE selain kat P.I dan kat RUMAH!! lepas tu nak cari sampin ne?? ambik cadar boleh kot sebab kena berpakaian lengkap g berbuka...ayoyo..apa la yang nak di pakainya..untung la drawing ari ne x kena REDO!! haha memang malam ne tido awal la..seronok2..hari puasa yang ke 11,                                                   
 tak tido dengan lena sebab asik fikir nak siapkan report land survey yang perlu diperbetulkan..lepas sahur memang x tido la sambung buat repord.. sampai pergi kelas lambat..aihhh! tapi ari ne aku tak buat practical!! budak perempuan yang buat...hahaha best kenakan dorang...nak standkan tripod pun x reti...haha aku gelak2 je kat tepi..Cik mawa pun sebelahkan aku..haha ne la gara2 asik aku je yang buat semua..lepas tu masa test dorang dapat markah tinggi aku gak yang rendah sebab tak sempat nak baca buku akibat penat!!l lepas practical memang tak rase penat la..sebab aku relax je..dorang yang susah buat kerja..huhu .selalu ari buat practical la yang paling memenatkan!!!huhu, ari ke 12,13,14, macam membosankan!! tak ada pape yang menarik sangat...skip la ye..  lepas ne apa lagi...? cerita akan bersambung sampai 26 ari aku berpuasa di uitm Peram ne...Continous

Sunday, May 8, 2011

TAHNIAH

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD
:
930920145343
NAMA
:
MUHAMMAD NOUR HAYAT BIN ZULKIFLI

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
E2303 - DIPLOMA UKUR BANGUNAN#
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA mulai 07 Mei 2011 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 14 Mei 2011.



FINNALLY
MUHAMMAD NOUR HAYAT HAS COME TO UNIVERSITY
PERHHH~ MACAM TAK PERCAYA
NE SEMUA ATAS SOKONGAN FAMALY AND FRIENDS LA...
YANG BUAT AKU SAMPAI KAT SINI
LEPAS JE HABIS STUDY
NIAT AKU YANG PERTAMA NAK CUBA BUAT RUMAH FAMILY AKU DEKAT KAMPUNG SEPERTI MAK AKU IDAM-IDAMKAN..HUHU
AKU HARAP CAREER AKU AKAN BERTAMBAH SUCCESS
SESIAPA YANG BACA BLOG NE
YERIMA KASIH
ANDA JUGA AKAN SUCCESS JUGAK





Sunday, April 24, 2011

pereangai perempuan yang AKU meluat tengok !!!!!!

hey~
perempuan sekarang ne perangai macam ****...harap muka cun!! tapi hati busuk macam longkang...ingat aku nak NGORAT kau ke perempuan???? aku takkan ambik kau jadi girlfriend aku la...kawan pun aku takkan!! musuh pun lagi takkan...buang masa kenal orang macam tu...bila hangout!! pakai belagak macam model..insaf la sikit..nak tunjuk-tunjuk buat apa??? nak bagi orang rase ke badan tu??? hishh~ bila aku tegur.. kau melenting!! nak keluar dengan aku tak payah pakai HOT2 sangat!! aku bukan boyfriend kau pun...susah betul ada perempuan macam ne kat dunia!!! lepas tu cakap kat kawan-kawan kau..yang aku ne boyfriend kau!! perasan betul la minah ne...nak touching2 lak bila aku tak layan!! pergi mampus la..ingat aku nak pujuk!! kau sape?? lain la makwe aku...boleh la aku layan kau baik2..lepas ne aku takkan hangout dengan kau lagi minah!! habiskan duit je..kerja lagi bagus dari tengok kau!! 

Monday, April 18, 2011

INTERVIEW !!!

Huhuhu..hari sabtu,16 hari bulan ...aku di suruh interview ke UiTM dekat shah alam!! huhu.. 
takut seh..walaupun ne cuma temu duga!! tapi ada ujian gak..huhu ngat masa sekolah je kena buat ujian ne..huhu
kenapa ada interview ?? huh ne sebab aku pilih falkuti yang agak berat!! huhu tapi nanti kalau dah keja!! gaji besar..hahaha
masa nak tunggu untuk ujian!! ada gak member sekolah yang satu falkuti dengan aku...tapi lepas tu..ada gak kawan-kawan baru yang aku dapat...huhu kenapa aku suka?? sebab semtakuanya perempuan..ehehe
ngat membosankan pergi interview ne..huhu tapi tak..hehe
masa untuk di temu duga...aku orang yang ke 8...nak katakan,peratus lelaki dengan perempuan yang ambik falkuti ne lebih banyak perempuan...
masa aku di tanya soalan-soalan yang sepatutnya ditanya!! ada beberape soalan yang aku rase pelik!!! hahaha
soalannya seperti :
you have girlfriend???
do you thing, you handsome???
soalan ne la yang aku tergelak kejap..ehehe..apa kepelik la dia tanya soalan ne...huhu
nak tahu apa yang aku jawab??
jawapanya :
no,i don't have a girlfriend!!
Hmmm, huhu..this question to hard for me!! :) i thing yes kot!! but not to handsome sangat..ehehe
nak tahu apa yang orang interview aku cakap!!
saya rase awak handsome!!
hahaha..aku nak gelak tapi tahan je..haha
lama aku kat dalam bilik tu!! orang sebelum aku pun dah keluar awal....huhu
masa nak balik..sempat jalan-jalan..ehehe..kita orang pergi sunway lagoon la..haha..
seronok-seronok...huhu

Sunday, April 3, 2011

kami ke akuria KLCC

MUHAMMAD NOUR HAYAT & MUHAMMAD AMIRUL SHAH
(walaupun muscle tak cukup besar lagi..
tapi anak buah aku sorang ne suka ikut apa yang aku buat)




MUHAMMMAD HELLMIE 
(along aku yang belanja semua ne.kalau tak!!
tak merasa la aku masuk sini..haha)

A.K.A KAK RINA
(aku lupa la nama penuh..huhu..gambar 
kak rina je nampak shark ne..
gambar aku semua shark hilang..haha)

IKAN ???
(agak-agak kan ikan apa ne eh??
teka la..ikan ne la aku selalu nak tengok!!
ikan ne la pertama aku cari bila masuk aquria ne..
benda dalam air yang aku paling suka dari perempuan!!
huhu,,jangan marah k..;)
aku ada ambik video ikan ne makan..tapi malas nak upload..
line macam babun..huhu
pergi akuria KLCC saksikan sendiri..)

AMIRUL DENGAN ANAK IKAN SHARK
(haha..boleh sentuh la ikan ne..
anak buah aku ne takut sikit..haha
aku sentuh ikan ne weh~~ haha
tapi gambar kat camera lg satu la..haha
janji tunjuk..)

BELANGKAS!!
(ade ke abang jaga tempat ne cabar aku!!
haha dengan BANGGA aku pegang dan letak kat tapak tangan
haha..semua orang ambik gambar..haha 
ada pelancong arab cakap aku berani..haha
bangga kejap kat situ kejap..haha
gambar ne abang tu la yang ambikkan..
tapi goyang la..haha
tapi ok je..)

PAK SHARK
(best gila bila dapat tengok dekat-dekat..
huhu..rase macam dalam mimpi bila dapat tengok ikan ne dekat-dekat..
ikan ne la aku paling takut kat laut!! 
sampai aku takut nak ke laut atau mandi laut atau pape yang ada perkataan laut!!
aku rela mandi dengan buaya..haha dari ikan ne..haha..
ngeri-ngeri..)

SEA TURTEL
(comel kan?? memang pun..besar doh penyu ne..
ingatkan kecik je..
tak payah pergi terengganu..
datang sini pun dah dapat tengok..huhu)

IKAN???
(aku tak tahu nama ikan ne..haha
masa ne ikan tengah makan..so dapat la tengok..huhu


THE END










Friday, April 1, 2011

Asalamualaikum kepada pembaca blog ne :)...
kalau tengok dalam gambar ne macam lelaki yang lonely!! macam dalam gambar 2 la yang aku rase sekarang!!
malas pulak nak cerita pasal lonely ne!! macam tak seronok..;)
kan best kalau lelaki dalam gambar ne pergi surau ke, masjid ke,,ne tidak..lepak tengok matahari
sambil layan perasaan yang kacau 2..sebab 2 ramai lelaki yang bunuh diri akibat putus cinta..haiisshh~
kalau pergi surau atau masjid!!mesti perkara macam ne dapat dibendung :) *dah macam buat karangan BM* ;p
duduk lepak layan perasaan macam ne!! takkan ke mana..cuba berusaha dapatkan kembali apa yang hilang 2..mesti best, sebab sesuatu usaha ada pengajaran kita dapat..2 buat kita matang la..hahaha
otak aku rase mereng XD...jiwa aku pun kacau..
agak2 apa yang aku tulis ne macam merapu..jangan la comment..;p
aku sebenarnya nak berusaha untuk berjaya dengan cemerlang dalam career aku..
sama macam dia..lepas 2 baru nak cari dia..hehehe
*Gatallll ;p



Tuesday, March 29, 2011

DOA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya Allah… Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi… Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani… Seringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Maka jodohkanlah kami… Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku… Bawalah dia jauh daripada pandanganku… Luputkanlah dia dari ingatanku… Dan periharalah aku dari kekecewaan… Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Menolak bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja yang merah… Agarku sentiasa tenang… Walaupun tanpa bersama dengannya… Ya Allah yang tercinta… Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku… Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini… Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan akhirat… Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah… Ya Allah… Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat… Dan periharalah kami dari azab api Neraka… Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Tuesday, March 22, 2011

kenapa dan mesti!!!

esok 23/3/2011 hari aku ambik result spm!! lemah rase nak pergi ambik!!Hmmm~ aku dah buat yang terbaik masa spm dulu..harap semua keputusan aku cemerlang semua...aku pernah mimpi, aku ambik result spm!!tapi sekejap je mimpi 2..aku dapat 3A 5 B..harap result aku lebih baik dari dalam mimpi 2..aku tak tahu nak buat apa kalau result aku teruk!! macam nak lari rumah je..rase nak terjun jambatan..rase nak lari jauh2..rase nak pergi dari malaysia je..Hmmm~ tak tenang gila aku hari ne..esok dah la kena pergi sekolah jumpa kawan2 lepas 2 tanya result masing2!! kalau result aku kalah dengan dorang!! aku nak buat macam mna??malu la..kawan2 semua berjaya!! aku saje yang tak  berjaya..berlajar sama2..tusion sama2..semua sama2......tapi nanti result kalau tak sama macam mana?? aduuuyaiiii~~ rase nak pergi pukul orang je...nak lepaskan geram kat seseorang!!kalau ada awek mesti dia bagi sokongan!!tapi mana ada..kalau ada awek pun ,,kalau tak berjaya lagi la segan!!nak bagi makan apa kalau result aku takbaik...aku ada pernah nazar kalau result aku baik nak buat apa..aku selalu ingat janji aku 2...itu pun kalau result aku baik..kalau tak!!AAArrrhhhhh!!! kenapa semua ne berlaku kay diri aku??kenapa aku mesti tempuh semua dugaan cabaran dan rintangan yang DIA bagi kat aku...!!aku tak sekuat yang disangka...aku perlukan sokongan yang kuat untuk semua ne..aku perlukan dorongan untuk semua ne....aku perlukan orang percaya 100% dengan aku...Hmmm~~tapi nak cari orang yang macam 2 memang susah...1 in billioon orang 2 dalam dunia...Hmmmm...nasib la blog aku ne tak ada orang tengok!!dapat aku luahkan perasaan kat sini...HMMMmmmm~

Sunday, March 13, 2011

gila kucing

wah best gila bela kucing ne!! bosan-bosan kita boleh main dengan dia...lompat-lompat,guling-guling macam arnab pun ada..hahaha..dah la warna putih ada tompok2 coklat hitam..uhuhu..kadang bila tido tengok macam bola je..haha sebab kucing ne tido membulat..ehehe..kucing ne nama manja..entahlah dari mana aku boleh panggil kucing ne manja?? uhuhu aku dapat dari kawan abang aku..mula kecik je..kurus..tapi sekarang gemok..haha..mana taknya,,sehari makan 6 ke 7 kali,,dah macam bukan kucing normal..uhuhu..lepas makan mesti tidur punya kucing ne..haha..kucing ne kalau abah aku tidur..dia pun tidur..entah kenapa la..haha..aku tak kesah duit banyak habis kat manja..uhuhu..benda kita sayang mesti jaga elok2kan? aku anggap dia macam anak dah..ahaha* anak tampa ibu..uhuhu..kucing aku ne suka main kaki dengan tangan..kucing ne dah pandai sikit..dulu boleh la kata sengal2 gak..haha..sekarang aku pergi mana manja la jadi penjaga aku..ahaha sape dekat dia gigit kaki..haha..kucing aku ne nak katakan 2 hari sekali aku mandikan..haha..kalau bersihkan rumah dia!! siang malam aku bersihkan..kalau bersih pun..aku bersihkan lagi..haha..jiran2 aku semua suka kucing aku ne..kalau hilang dalam sangkar!! jiran aku la yang bawak balik..haha..mula2 risau..tp jiran hantar balik..ehehe
bulu kucing aku ne lebat..nak kata kucing parsi!! bukan..hari 2 tanya kedai..kucing aku ne nama ??? haha lupa pulak..haha..yang kat kedai 2 dah besar..harga kucing kat kedai 2..RM 2360..perh tak cayakan..haha..aku sampai gosok2 mata..haha..tapi manja aku ne takkan jual..ehehe..kucing aku ne nak buat macam singat..haha..ada rambut..ehe..kul 8 pagi aku biar dia bebas..kul 9 mlm baru aku masukkan..hehe..seronok bila ada si manja ne..ehehe..tak ada awek pun ok..manja ada,..ehe..
SAYANG MANJA;)

Saturday, March 5, 2011

kenangan 2009



aku sebok buat jamuan "open house" kat rumah..dah siap aku on9 YM guna hfon aku p990i sony ericson..kau add aku..aku tak fikir panjang approve je..dalam menunggu tetamu datang rumah!! aku dengan kau sempat chat..kita berkenalan..tapi aku tak dapat tengok pic kau kat hfon..aku mntak gambar kau..tapi aku tak paksa kau!! aku bagi number hfon aku kat kau..tak lama kau hantar gambar ..aku tak sangka kau cantik macam ne..kita sempat berkenalan tapi tak lama..habis saje jamuan kat rumah aku..malam 2,aku penat2 pun on9 nak chat dengan kau lagi...tapi kau tak on9 ym..lama aku tunggu~ sampai tertidur kat depan komputer~hurmm esok aku bangun lewat..aku tunggu kau mesej atau call sambil 2 aku on9 YM lagi..kau tak ada jugak...aku nak cuba mintak duit dari abang untuk topup..tapi tak dapat~aku korek tabung,bila dah topup kau tak balas msej aku!! bila aku call kau tak angkat...hurmm kecewa masa 2..tapi malam 2 kau call aku..aku dah tidur~ kau call berulang2 kali..bila aku angkat kau menangis~aku cuba buat kau gembira balik,aku cuba buat kau ketawa,aku mntak maaf tak angkat telefon tadi..kau tetap menangis!! aku cukup bersalah bila buat kau menangis~~ hurmm malam 2 habis je kau telefon aku!! aku tak boleh tidur~ esoknya, aku hantar mesej mintak maaf..aku cakap lupakan la aku, padam la number aku 2..aku tak sanggup kau menangis sebab aku!! malam 2 aku tak tidur, tunggu kau telefon..lama aku tunggu..kau telefon aku kul 2.30 pagi!! aku malu2 tapi aku terus terang yang aku suka kat kau..tapi kau ingat aku main2..kau marah aku!! aku terdiam sekejap~ aku letak telefon..kau telefon balik..kau menangis lagi!! aku pujuk kau..kau cakap kenapa letak telefon? aku cuba tukar topik..aku suh kau tidur..kau tak nak..aku dengar kau menguap!! aku tak nak la kacau kau...esok kau sekolah! aku pun sekolah..lepas beberapa bulan..aku bukan sengaja nak marah kau~ aku bad mod hari 2..
tak tahu kenapa..memang kita makin rapat tapi bukan sengaja aku nak marah2 kau..kau cuba tenangkan aku..tapi..hurmm~ lepas kejadian 2 aku cuba pujuk kau balik..kau cakap "cari la orang lain..aku sedih bila kau cakap macam 2..tak lama lepas 2..kau cakap "aku lelaki yang baik,take care walaupun sebok,penyayang,suka buat kelakar,sentiasa ada bila diperlukan,tak pernah marah tapi adalah sekali dua,penyabar,jujur,selalu bagi nasihat yang baik..aku masih simpan masej yang dia hantar 2..malam 2 dia bagi tahu semua pasal dia..dia tipu aku, yang sebenarnya dia bukan orang susah tapi orang kaya..lagi satu masa dia YM dengan aku 2 dulu masa dia tengah duduki PMR sebenar nasib la dia dapat 9A~sekarang dia tengah berlajar kat asrama penuh kat kedah..hurmm